Thursday, 7 April 2016


MIMALAND VS JURASSIC PARK.

       Kalau korang yang hidup masa era 80an mestilah tahu pasal taman tema kat Malaysia ni yang...Tapi macam aku ni langsung tak pernah tengok dan tak pernah tahu langsung pasal kewujudan  Mimaland ni. Sadis! 

Habis tu kenapa aku nak menulis pasal Mimaland ni?
PERTAMA : Sebenarnya tak ada sebab pun tapi  disebabkan tahun penutupan Mimaland ni jatuh pada tahun yang sama aku dilahrikan  So kira macam ada chemestrylah, kan?  Yer la, aku lahir dia pulak yang mati...Hehehe

KEDUA     : Disebabkan aku tak pernah tengok Mimaland ni jadi aku lebih terbayangkan taman tema ni ala-ala macam dalam filem Jurassic park. Perghh...Cerita ni memang gempak kut! Macam nak sama dengan bunyi tajuk dia kat belakang, kan? Park-Gempak Tapi cerita ni memang siut jer sampai aku tengok banyak-banyak kali.

Pintu masuk ke  Taman Tema dalam filem Jurassic Park
Pintu Masuk ke Taman Tema Mimaland sekarang
So sekarang ni aku nak cerita sikit pasal Fakta-fakta Taman Tema Mimaland ni scara ringkas..
(Ni pun aku dapat dari Geogle)
  • Nama 'Mimaland' adalah singkatan daripada gabungan dari perkataan Malaysia In Miniature Land  
  • Mula dibina pada tahun 1971 disebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak, Kuala Lumpur...
  • Logo yg digunakan utk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita.
  • Pembinaan taman rekreasi ini dijalankan mengikut fasa & dibuka secara berperingkat-peringkat..
  • Antara tarikan utama Mimaland ketika itu ialah taman haiwan pra-sejarah yg mengandungi binaan model-model dinosaur yg bersaiz besar.
  •  Taman rekreasi ini juga memiliki 24 buah motel & 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Peta Mimaland
 (Sumber geogle jugak)


Bertahun-tahun lamanyer Mimaland beroperasi menjadi tempat hiburan seisi keluarga sehinggalah berlaku satu tragedi yang tidak disangka iaitu kemalangan yang menimp seorang rakyat singapura dikawasan papan luncur air sehingga mengakibatkan kemataiannya. Disebabkan kejadian itu Taman Mimaland ini terpaksa ditutup sementara untuk melakukan penambahbaikkan dan juga siasatan.

Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pd dinding kolam renang yg berpunca daripada runtuhan tanah hingga menyebabkan air lumpur memasuki ruang kolam renang tersebut & sekali lg pihak operasi terpaksa menutup kawasan itu kepada org ramai...

Ekoran daripada 2 kejadian yg tidak dijangka itu, pihak pengurusan Mimaland telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan atas dakwaan kelemahan dlm kawalan keselamatan & menjadi punca kpd beberapa masalah alam sekitar..
Pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah kpd pihak Mimaland drpd meneruskan operasinya dan Mimaland terpaksa ditutup buat selama-lamanyer kpd pengunjung pd tahun 1994 iaiutu tahun aku dilahirkan. Maka tamatlah sejarah tamadun kewujudan Mimaland.

PERSAMAAN GAMBAR MIMALAND PARK DENGAN JURASSIC PARK.

1)
A MIMALAND PARK

B JURASSIC PARK

...................................................................................................................................................................

2)
A    JURASSIC PARK
B MIMALAND PARK
...................................................................................................................................................................

3)

A TIKET MASUK KE MIMALAND PARK

B TIKET MASUK KE JURASSIC PARK

........................................................................................................................................................................................................................

A KERETA YANG DINAIKI DI MIMALAND PARK

B KERETA YANG DINAIKI DI JURASSIC PARK
...................................................................................................................................................................
  
Ini adalah imaginasi aku jer..Jangan kata aku  nak menghanjing pulak! Tapi alangkah bagus kerajaaan Malaysia bangunkan balik Miamaland tu... Dah tengok keadaan dia sekarang dah macam cerita Jurassic park ...Apa pun cerita disini sampai disini!
Kipidap Malaysia!

No comments:

Post a Comment