Tuesday, 5 April 2016

APA ITU PENYAKIT KANSER WILM'S TUMOUR??
        Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu dan tak pernah dengar nama kanser wilm's tumour tu. Mula-mula masa aku dengar nama penyakit ni tercengang-cengang aku dibuatnya sampai aku minta kakak aku ulang semula perkataan tu...Tapi kalau setakat kanser-kanser yang popular tu kenal lah, mcam kanser buah dada ke, kanser paru-paru ke, dan seumpama dengannya.
          Apa yang membuatkan aku tergerak untuk menceritakan tentang penyakit kenser ni bukanlah sebab aku ni Dr Pakar Kanser  tapi penyakit kanser ni dah semakin dekat dengan diri aku.  Jangan salah faham pulak! Bukan aku yang hidap kanser tu tapi anak saudara aku iaitu anak kepada akak aku.
Ni anak buah aku yang hidap kanser wilm tumour stage 3
(Masa ni tak bawak pergi hospital lagi)
            Berat mata melihat, berat lagi bahu dipikulnya. Itulah yang dapat dilihat daripada peneritaan anak saudara aku atau nama panggilannya 'Mohd'. So sebagai salah seorang ahli keluarga adik Mohd sudah mesti aku juga tertanya-tanya apa itu penyakit wilm's tumour? 
Maka bermulalah episod kajian aku untuk mencari maklumat apa penyakit kanser wilm's tumour tuh...
Jadi aku akan ceritakan serba ringkas tentang penyakit tersebut berdasarkan pengalaman aku sendiri yang turut menjaga/melawat anak buah aku dihospital.
Tumor Wilm’s ini turut  juga dikenali sebagai Nefroblastoma atau kanser buah pinggang merupakan tumor malignan yang menyerang dan memusnahkan tisu yang berkembang dan merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan.
Selalunya kalau dia nak serang, dia akan serang kanak-kanak dari usia tiga tahun dan jarang berlaku apabila kanak-kanak itu berusia lebih daripada lapan tahun.
Kanser ini mengambil sempena nama seorang pakar bedah Jerman, Carl Wihelm Wilms pada abad ke-19 lalu yang menemui kanser tersebut. Ia terjadi daripada sel-sel yang belum matang. Lazimnya tumor ini menjejaskan salah satu buah pinggang dan jarang berlaku ke atas kedua-dua belah buah pinggang.
PUNCA-PUNCA  TERJADINYA PENYAKIT WILM;S TUMOUR
Tambah beliau, risiko bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama sementara insidennya adalah 1:10,000 orang kanak-kanak. Ia juga merupakan sejenis penyakit bersifat keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa.
* Faktor genetik atau keturunan.
Kebiasaannya faktor keturunan ini mungkin menjadi penyebab utama yang diwarisi oleh ibu bapa atau nenek moyang mereka.
* Kecacatan sejak lahir.
Jika seseorang tu sakit sejak lahi memang susah hendak bertanya yang lain seperti aniridia sebanyak satu peratus, hemihipertrofi (dua peratus) dan kelainan genitourinari (organ pembiakan) seperti hipospadia dan horse shoe kidney.
Aniridia merupakan keadaan yang jarang berlaku pada iris mata yang gagal terbentuk sepenuhnya manakala hemihipertrofi adalah keabnormalan yang berlaku apabila sebelah badan lebih besar.
Gejala-gejala tumor Wilm’s
Demam, kencing berdarah, abdomen bengka, kurang seleras, sakit perut, darah tinggi, susut berat badan, sembelit, mual dan muntah-muntah dan tidak selesa.
Menurut beliau lagi, ada ketikanya ibu atau bapa akan merasakan sesuatu semasa memandikan atau memakaikan pakaian anak.
Kemungkinan juga pihak doktor akan dapat mengesannya semasa anak itu datang untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan rutin.
Bagaimanapun, penyakit ini boleh berlaku tanpa dapat dikesan atau disedari, kerana tumor boleh merebak tanpa pesakit berasa apa-apa kesakitan.
Punca-puncanya
Buah pinggang berfungsi untuk mencuci darah dan mengawal tahap air di dalam badan serta bahan-bahan kimia penting seperti sodium dan kalium.
Buah pinggang melancarkan tekanan darah. Darah mengalir melalui pembuluh darah buah pinggang yang menapis dan merembeskan bahan-bahan dan elektrolit yang tidak diperlukan serta air yang berlebihan dalam bentuk air kencing.
Air kencing meninggalkan buah pinggang melalui dua saluran (ureter) dan mengalir melalui pundi kencing untuk simpanan sehingga terasa ingin membuangnya semula. Air kencing meninggalkan pundi kencing melalui saluran kecil yang dipanggil uretra.
Dalam kes ini, doktor percaya bahawa kanser terjadi apabila sel-sel yang diperlukan untuk membentuk buah pinggang gagal untuk menjadi organ tersebut, sebaliknya bercambah dalam keadaannya yang primitif.
Tumor itu menjadi ketara antara satu hingga lima tahun dan keadaannya menjejaskan buah pinggang dan menekan tisu-tisu normal menjadi rim tipis. Ia boleh menyebabkan pendarahan dan akibatnya kencing berdarah.
Sesetengah kes tumor Wilm’s ini ada kaitannya dengan kecacatan di dalam satu daripada dua gen pada kromosom 11. Kedua-duanya dipanggil tumor Wilm’s 1 (WT1) dan Wilm’s 2 (WT2).
WT1 kelihatan lebih kritikal kepada perkembangan sistem genital dan air kencing.
Menurut Dr. Fadzillah lagi, tumor Wilm’s boleh juga terjadi sebagai sebahagian daripada sindrom luar biasa.
1. Sindrom WAGR – Sindrom ini termasuk tumor Wilm’s, aniridia, sistem genital dan urinari luar biasa serta kecacatan mental.
2. Sindrom Denys-Drash – Sindrom ini meliputi Wilm’s tumor, penyakit buah pinggang dan pseudohermafroditisme di mana kecacatan kongenital dan genitalia luar lelaki atau perempuan menyerupai jantina yang bertentangan.
3. Sindrom Beckwith
Dr. Fadzillah memberitahu, rawatan standard bagi tumor Wilm’s ini adalah menerusi pembedahan dan kemoterapi.
Peringkat penyakit yang dialami boleh diketahui apabila sel-sel kanser itu diletakkan di bawah mikroskop.
‘‘Ia juga boleh memastikan sama ada pesakit itu memerlukan rawatan terapi radiasi.’’
Sehingga ini, para saintis tidak mengetahui bagaimanakah caranya untuk mengelakkan penyakit ini.
Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda tumor Wilm’s di peringkat bayi lagi, doktor mungkin mengesyorkan ujian ultrasound.
Katanya, jika mempunyai sejarah tumor Wilm’s di dalam keluarga anda, beritahu doktor lebih awal apabila membawa anak berjumpa doktor.
Tip untuk ibu atau bapa
* Membawa mainan atau buku cerita semasa menanti temu janji dengan doktor.
* Sentiasa bersama anak tatkala dia menjalani ujian atau rawatan.
* Masukkan waktu bermain dalam jadual rawatan anak.
* Kemas kini catatan harian anak sekiranya berada di rumah dengan mengambil suhu badan, tahap tenaga, corak tidur, ubat-ubatan dan kesan sampingan (jika ada) dan ceritakan kepada doktor apa yang telah dicatat.
* Rancang diet normal kecuali jika doktor mempunyai cadangan atau diet yang lain.
* Jaga kebersihan anak, seperti menjaga kebersihan gigi, mengubati kudis dan luka jika ada serta menyapukan sapuan jeli sesuai jika terdapat ulser mulut atau bibir kering dan merekah.
* Sebelum melakukan suntikan pelalian, bertanya dengan doktor terlebih dahulu sebab rawatan kanser menjejaskan sistem imun.
* Jika anak bersekolah, terangkan mengapa anak itu perlu dirawat dan mengambil ubat untuk sembuh.
* Berkongsi maklumat mengenai penyakit ini dengan anak-anak yang lain.
Dr. Fadzillah menasihatkan ibu bapa memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak ini.
Diagnosis
Kanser ini boleh didiagnosis melalui ujian ultrasound abdomen, imbasan tomografi berkomputer (CT scan) juga di bahagian abdomen, kajian sitogenesis (periferal darah dan tumor) serta sinar-x dada dan CT dada.

No comments:

Post a Comment