Tinta Ku
Thursday, 9 February 2017
Suka ke jadi sukarelawan??
"Apa benda buat keje sukarelawan, bukan dapat duit pun. Lagi menghabis duit adalah"
"Tak payah nak bajet bagus sangat join sukarelawan, diri sendiri entah ke mana ada hati nak tolong orang"
"Eleh setakat nak kejar glamour baik tak payah."
"Baiknya kau join sukarelawan, kalau ada gaji takpe lah jugak."
CIS!!! Menghanjing orang jer. Der! Kalau kau rasa tak nak join jangan la menghanjing orang.
Bukan semua kaki kondem tapi sesetengah tu adalah sikit2...Bohong la kalau tak kena kondem. Mungkin yang kondem tu bukan bermaksud nak kick terus tapi mungkin pertanyaan tu yang buat sukrelawan ni terasa atau tersalah faham... Biasalah hati ni macam2! Otak pun macam2!
Aku sendiri pun tak terlepas jugak dari tafsiran begitu.
Habis tu suka ke jadi sukarelawan??
Haaa...Nah! Dalam soalan pun dah ada jawapan dah. Nama pun sukarelawan...Diulangi yang depan, 'Sukaaaaa' Bukanya paksarelawan...
Dah! Malas nk hurai panjang2 sebab soalan pun dah ada jawapan. Kang hurai panjang2 nanti terduduk pulak atas tanah kang...
Friday, 23 December 2016
Mari kenali tumbuhan.
Diri sendiri pun tak tahu langsung bab2 pokok ni...Tapi kalau sebatang dua tu boleh gagah la...Apa guna ambik kursus tapi sebatang haram pokok tak kenal kan?
Pokok merupakan tumbuhan yang sangat penting kepada alam kerana pokok merupakan payung yang melindungi alam hijau ini. Tanpa pokok kau rasa boleh hidup ke manusia macam kita ni? No! Jangan harap! Sebab funtion tumbuhan yang kita belajar dalam subjek sains adalah untuk apa?? Cari sendiri la sebab aku tak nak hurai yang bab tu. Aku cuma nak hurai pasal pegecaman pokok....Ok!
Sunday, 1 May 2016
BAGAIMANA NAK HILANGKAN JERAWAT??
Kalau sebut pasal jerawat memang aku rasa meluat...
Kalau lelaki ni, masa dia nak baligh a.k.a nak matured ni memang tak akan lari dari masalah jeerawat. Termasuklah aku! Jadi pasal tu memang tak ada cara nak ilangkan jerawat sebab dia akan hilang sendiri.
Tetapi masalahnya.............
Bila kes jerawat tu tumbuh balik walaupun kita sudah melepasi tahap kedewasaan. Entah, aku pun tak tahu punca kenapa jerawat tu boleh tumbuh balik. Mungkin sebab muka kita subur kut! hehehe...
Aku ingat lagi time masa jerawat tumbuh untuk fasa kedua tu...Aku memang frust gila!
Tapi orang cakap kalau nak benda baik kena sabar, kena usaha...Jadi aku pun sabar jer la, tapi aku usaha jugak untuk hlangkan jerat ni sampai pegi bedal pencuci muka akak aku...Perghh ingatkan nk ilang tapi dia timbul balik..Huwwwaaaa....menjerit tak la macam perempuan tapi kemachoan tu merundum sikit...
Ok....malas nak cerita pasal aku dah..sekarang berbalik kepada tajuk...Bagaimana nak hilangkan jerawat????
Ini caranya...
Guna bawang putih hiris kt hujungnya lepastu gosoklah kat jerawat yang tumbuh tu...SENANG!
Tak payah nak beli-beli produk entah apa2...
ok tu ja caranya...Yg lain2 tu mukadimah jer..
sekian...
Kalau sebut pasal jerawat memang aku rasa meluat...
Kalau lelaki ni, masa dia nak baligh a.k.a nak matured ni memang tak akan lari dari masalah jeerawat. Termasuklah aku! Jadi pasal tu memang tak ada cara nak ilangkan jerawat sebab dia akan hilang sendiri.
Tetapi masalahnya.............
Bila kes jerawat tu tumbuh balik walaupun kita sudah melepasi tahap kedewasaan. Entah, aku pun tak tahu punca kenapa jerawat tu boleh tumbuh balik. Mungkin sebab muka kita subur kut! hehehe...
Aku ingat lagi time masa jerawat tumbuh untuk fasa kedua tu...Aku memang frust gila!
Tapi orang cakap kalau nak benda baik kena sabar, kena usaha...Jadi aku pun sabar jer la, tapi aku usaha jugak untuk hlangkan jerat ni sampai pegi bedal pencuci muka akak aku...Perghh ingatkan nk ilang tapi dia timbul balik..Huwwwaaaa....menjerit tak la macam perempuan tapi kemachoan tu merundum sikit...
Ok....malas nak cerita pasal aku dah..sekarang berbalik kepada tajuk...Bagaimana nak hilangkan jerawat????
Ini caranya...
Guna bawang putih hiris kt hujungnya lepastu gosoklah kat jerawat yang tumbuh tu...SENANG!
Tak payah nak beli-beli produk entah apa2...
ok tu ja caranya...Yg lain2 tu mukadimah jer..
sekian...
Thursday, 7 April 2016
MIMALAND VS JURASSIC PARK.
Kalau korang yang hidup masa era 80an mestilah tahu pasal taman tema kat Malaysia ni yang...Tapi macam aku ni langsung tak pernah tengok dan tak pernah tahu langsung pasal kewujudan Mimaland ni. Sadis!
Habis tu kenapa aku nak menulis pasal Mimaland ni?
PERTAMA : Sebenarnya tak ada sebab pun tapi disebabkan tahun penutupan Mimaland ni jatuh pada tahun yang sama aku dilahrikan So kira macam ada chemestrylah, kan? Yer la, aku lahir dia pulak yang mati...Hehehe
KEDUA : Disebabkan aku tak pernah tengok Mimaland ni jadi aku lebih terbayangkan taman tema ni ala-ala macam dalam filem Jurassic park. Perghh...Cerita ni memang gempak kut! Macam nak sama dengan bunyi tajuk dia kat belakang, kan? Park-Gempak Tapi cerita ni memang siut jer sampai aku tengok banyak-banyak kali.
| Pintu masuk ke Taman Tema dalam filem Jurassic Park |
![]() |
| Pintu Masuk ke Taman Tema Mimaland sekarang |
(Ni pun aku dapat dari Geogle)
1)
...................................................................................................................................................................
2)
...................................................................................................................................................................
- Nama 'Mimaland' adalah singkatan daripada gabungan dari perkataan Malaysia In Miniature Land
- Mula dibina pada tahun 1971 disebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak, Kuala Lumpur...
- Logo yg digunakan utk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita.
- Pembinaan taman rekreasi ini dijalankan mengikut fasa & dibuka secara berperingkat-peringkat..
- Antara tarikan utama Mimaland ketika itu ialah taman haiwan pra-sejarah yg mengandungi binaan model-model dinosaur yg bersaiz besar.
- Taman rekreasi ini juga memiliki 24 buah motel & 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
![]() |
| Peta Mimaland (Sumber geogle jugak) |
Bertahun-tahun lamanyer Mimaland beroperasi menjadi tempat hiburan seisi keluarga sehinggalah berlaku satu tragedi yang tidak disangka iaitu kemalangan yang menimp seorang rakyat singapura dikawasan papan luncur air sehingga mengakibatkan kemataiannya. Disebabkan kejadian itu Taman Mimaland ini terpaksa ditutup sementara untuk melakukan penambahbaikkan dan juga siasatan.
Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pd dinding kolam renang yg berpunca daripada runtuhan tanah hingga menyebabkan air lumpur memasuki ruang kolam renang tersebut & sekali lg pihak operasi terpaksa menutup kawasan itu kepada org ramai...
Ekoran daripada 2 kejadian yg tidak dijangka itu, pihak pengurusan Mimaland telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan atas dakwaan kelemahan dlm kawalan keselamatan & menjadi punca kpd beberapa masalah alam sekitar..
Pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah kpd pihak Mimaland drpd meneruskan operasinya dan Mimaland terpaksa ditutup buat selama-lamanyer kpd pengunjung pd tahun 1994 iaiutu tahun aku dilahirkan. Maka tamatlah sejarah tamadun kewujudan Mimaland.
PERSAMAAN GAMBAR MIMALAND PARK DENGAN JURASSIC PARK.
![]() |
| A MIMALAND PARK |
![]() |
| B JURASSIC PARK |
![]() |
| A JURASSIC PARK |
![]() |
| B MIMALAND PARK |
3)
...................................................................................................................................................................
![]() |
| A TIKET MASUK KE MIMALAND PARK |
![]() |
| A KERETA YANG DINAIKI DI MIMALAND PARK |
![]() |
| B KERETA YANG DINAIKI DI JURASSIC PARK |
Ini adalah imaginasi aku jer..Jangan kata aku nak menghanjing pulak! Tapi alangkah bagus kerajaaan Malaysia bangunkan balik Miamaland tu... Dah tengok keadaan dia sekarang dah macam cerita Jurassic park ...Apa pun cerita disini sampai disini!
Kipidap Malaysia!
Wednesday, 6 April 2016
Nasib Encik Sekupang.....
Tak ada duit rasa macam nak mati...
Ada duit tapi tak boleh buat mati...
Tu memang kenyataan der! Kau tanyalah manusia-manusia dimuka bumi ni...Sapa yang tak hadap duit?? Habaq mai!!!
Tapi aku bukan nak cerita pasal duit yang beribu-ribu, yang berjuta-juta yang berbilion-bilion... tapi aku nak habaq pasal duit sekupang jer...Sebab duit sekupang ni nasib dia lain sikit tak macam duit lain.
Bila sebut perkataan sekupang pun memang reaksi muka kita akan buat mimik sedih atau buat muka sekupang!!! Yer lah, duit sekupang ni manusia-manusia kat muka bumi bukan nak hadap sangat...Kalau jatuh depan mata buat-buat tak nampak...
"Eh bang, ada duit syiling jatuh tu." Mesti ada jugak manusia prihatin yang akan tegur kita kalau duit syiling kita tercicir. Tapi cuba tengok kalau kita terjatuh duit not RM 50, agak-agak ada orang nak tegur tak? Huhh...Kerat jarilah kalau yang cakap ada! Ada tuh adalah tapi tak semualah.
Yang kita pulak ni, kalau duit syiling jatuh mesti buat-buat tak nampak tak pun buat-buat tak tahu lagi-lagi bila duit syilig tu jatuh depan-depan orang ramai...Malulah kononnya nak kutip balik duit sekupang tuh!
Cuba malu sikit kat budak-budak kecik ..Budak-budak kecik yang umur satu tahun pun dah tahu beza duit syiling dengan duit kertas..Kalau duit syiling terjatuh mesti depa akan pi kutip ."Bu..ni wit upang bu..." Ni lah ayat budak umur satu tahun kalau jumpa duit syiling kat atas lantai rumah dia. Tapi ada jugak jenis-jenis budak yang terus 'ngap' masuk mulut terus bila jumpa duit syiling tuh....Haa Yang ni kena hati-hati.
..
Tuesday, 5 April 2016
APA ITU PENYAKIT KANSER WILM'S TUMOUR??
Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu dan tak pernah dengar nama kanser wilm's tumour tu. Mula-mula masa aku dengar nama penyakit ni tercengang-cengang aku dibuatnya sampai aku minta kakak aku ulang semula perkataan tu...Tapi kalau setakat kanser-kanser yang popular tu kenal lah, mcam kanser buah dada ke, kanser paru-paru ke, dan seumpama dengannya.
Apa yang membuatkan aku tergerak untuk menceritakan tentang penyakit kenser ni bukanlah sebab aku ni Dr Pakar Kanser tapi penyakit kanser ni dah semakin dekat dengan diri aku. Jangan salah faham pulak! Bukan aku yang hidap kanser tu tapi anak saudara aku iaitu anak kepada akak aku.
![]() |
| Ni anak buah aku yang hidap kanser wilm tumour stage 3 (Masa ni tak bawak pergi hospital lagi) |
Berat mata melihat, berat lagi bahu dipikulnya. Itulah yang dapat dilihat daripada peneritaan anak saudara aku atau nama panggilannya 'Mohd'. So sebagai salah seorang ahli keluarga adik Mohd sudah mesti aku juga tertanya-tanya apa itu penyakit wilm's tumour?
Maka bermulalah episod kajian aku untuk mencari maklumat apa penyakit kanser wilm's tumour tuh...
Jadi aku akan ceritakan serba ringkas tentang penyakit tersebut berdasarkan pengalaman aku sendiri yang turut menjaga/melawat anak buah aku dihospital.
Tumor Wilms ini turut juga dikenali sebagai Nefroblastoma atau kanser buah pinggang merupakan tumor malignan yang menyerang dan memusnahkan tisu yang berkembang dan merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan.
Selalunya kalau dia nak serang, dia akan serang kanak-kanak dari usia tiga tahun dan jarang berlaku apabila kanak-kanak itu berusia lebih daripada lapan tahun.
Kanser ini mengambil sempena nama seorang pakar bedah Jerman, Carl Wihelm Wilms pada abad ke-19 lalu yang menemui kanser tersebut. Ia terjadi daripada sel-sel yang belum matang. Lazimnya tumor ini menjejaskan salah satu buah pinggang dan jarang berlaku ke atas kedua-dua belah buah pinggang.
PUNCA-PUNCA TERJADINYA PENYAKIT WILM;S TUMOUR
Tambah beliau, risiko bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama sementara insidennya adalah 1:10,000 orang kanak-kanak. Ia juga merupakan sejenis penyakit bersifat keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa.
* Faktor genetik atau keturunan.
Kebiasaannya faktor keturunan ini mungkin menjadi penyebab utama yang diwarisi oleh ibu bapa atau nenek moyang mereka.
* Kecacatan sejak lahir.
Jika seseorang tu sakit sejak lahi memang susah hendak bertanya yang lain seperti aniridia sebanyak satu peratus, hemihipertrofi (dua peratus) dan kelainan genitourinari (organ pembiakan) seperti hipospadia dan horse shoe kidney.
Aniridia merupakan keadaan yang jarang berlaku pada iris mata yang gagal terbentuk sepenuhnya manakala hemihipertrofi adalah keabnormalan yang berlaku apabila sebelah badan lebih besar.
Gejala-gejala tumor Wilms
Demam, kencing berdarah, abdomen bengka, kurang seleras, sakit perut, darah tinggi, susut berat badan, sembelit, mual dan muntah-muntah dan tidak selesa.
Menurut beliau lagi, ada ketikanya ibu atau bapa akan merasakan sesuatu semasa memandikan atau memakaikan pakaian anak.
Kemungkinan juga pihak doktor akan dapat mengesannya semasa anak itu datang untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan rutin.
Bagaimanapun, penyakit ini boleh berlaku tanpa dapat dikesan atau disedari, kerana tumor boleh merebak tanpa pesakit berasa apa-apa kesakitan.
Punca-puncanya
Buah pinggang berfungsi untuk mencuci darah dan mengawal tahap air di dalam badan serta bahan-bahan kimia penting seperti sodium dan kalium.
Buah pinggang melancarkan tekanan darah. Darah mengalir melalui pembuluh darah buah pinggang yang menapis dan merembeskan bahan-bahan dan elektrolit yang tidak diperlukan serta air yang berlebihan dalam bentuk air kencing.
Air kencing meninggalkan buah pinggang melalui dua saluran (ureter) dan mengalir melalui pundi kencing untuk simpanan sehingga terasa ingin membuangnya semula. Air kencing meninggalkan pundi kencing melalui saluran kecil yang dipanggil uretra.
Dalam kes ini, doktor percaya bahawa kanser terjadi apabila sel-sel yang diperlukan untuk membentuk buah pinggang gagal untuk menjadi organ tersebut, sebaliknya bercambah dalam keadaannya yang primitif.
Tumor itu menjadi ketara antara satu hingga lima tahun dan keadaannya menjejaskan buah pinggang dan menekan tisu-tisu normal menjadi rim tipis. Ia boleh menyebabkan pendarahan dan akibatnya kencing berdarah.
Sesetengah kes tumor Wilms ini ada kaitannya dengan kecacatan di dalam satu daripada dua gen pada kromosom 11. Kedua-duanya dipanggil tumor Wilms 1 (WT1) dan Wilms 2 (WT2).
WT1 kelihatan lebih kritikal kepada perkembangan sistem genital dan air kencing.
Menurut Dr. Fadzillah lagi, tumor Wilms boleh juga terjadi sebagai sebahagian daripada sindrom luar biasa.
1. Sindrom WAGR Sindrom ini termasuk tumor Wilms, aniridia, sistem genital dan urinari luar biasa serta kecacatan mental.
2. Sindrom Denys-Drash Sindrom ini meliputi Wilms tumor, penyakit buah pinggang dan pseudohermafroditisme di mana kecacatan kongenital dan genitalia luar lelaki atau perempuan menyerupai jantina yang bertentangan.
3. Sindrom Beckwith
Dr. Fadzillah memberitahu, rawatan standard bagi tumor Wilms ini adalah menerusi pembedahan dan kemoterapi.
Peringkat penyakit yang dialami boleh diketahui apabila sel-sel kanser itu diletakkan di bawah mikroskop.
Ia juga boleh memastikan sama ada pesakit itu memerlukan rawatan terapi radiasi.
Sehingga ini, para saintis tidak mengetahui bagaimanakah caranya untuk mengelakkan penyakit ini.
Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda tumor Wilms di peringkat bayi lagi, doktor mungkin mengesyorkan ujian ultrasound.
Katanya, jika mempunyai sejarah tumor Wilms di dalam keluarga anda, beritahu doktor lebih awal apabila membawa anak berjumpa doktor.
Tip untuk ibu atau bapa
* Membawa mainan atau buku cerita semasa menanti temu janji dengan doktor.
* Sentiasa bersama anak tatkala dia menjalani ujian atau rawatan.
* Masukkan waktu bermain dalam jadual rawatan anak.
* Kemas kini catatan harian anak sekiranya berada di rumah dengan mengambil suhu badan, tahap tenaga, corak tidur, ubat-ubatan dan kesan sampingan (jika ada) dan ceritakan kepada doktor apa yang telah dicatat.
* Rancang diet normal kecuali jika doktor mempunyai cadangan atau diet yang lain.
* Jaga kebersihan anak, seperti menjaga kebersihan gigi, mengubati kudis dan luka jika ada serta menyapukan sapuan jeli sesuai jika terdapat ulser mulut atau bibir kering dan merekah.
* Sebelum melakukan suntikan pelalian, bertanya dengan doktor terlebih dahulu sebab rawatan kanser menjejaskan sistem imun.
* Jika anak bersekolah, terangkan mengapa anak itu perlu dirawat dan mengambil ubat untuk sembuh.
* Berkongsi maklumat mengenai penyakit ini dengan anak-anak yang lain.
Dr. Fadzillah menasihatkan ibu bapa memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak ini.
Diagnosis
Kanser ini boleh didiagnosis melalui ujian ultrasound abdomen, imbasan tomografi berkomputer (CT scan) juga di bahagian abdomen, kajian sitogenesis (periferal darah dan tumor) serta sinar-x dada dan CT dada.
Subscribe to:
Comments (Atom)










